BERITA HAL EHWAL PELAJAR

PERAYAAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

8 Feb, 2012 - SKKT seperti mana lazimnya mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1433H hari ini. Acara dimulai dengan perhimpunan pagi yang diketuai Tn. Guru Besar dan guru-guru, berarak sekitar kawasan Kampung Paya dan Kuala Melaka. Kemudian para pelajar disajikan dengan ceramah khas dari penceramah jemputan.

Muhamad Hafiy HakimJohan b.sepak PIBG Syafiqah Syazwan

KEJAYAAN SKKT - OKTOBER/NOVEMBER 2011

  • Anugerah Khas PPD - BADAN BERUNIFOM CEMERLANG - TKRS SKKT
  • Anugerah Khas PPD - PN. MAZNAH OTHMAN - GURU CEMERLANG KOKURIKULUM DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN
  • Sijil Penghargaan Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan - Farahanim Serat, Rabiatul Adawiyan Abd Rahim, Muhamad Muhsin Husaini Muzakkir, Nur Syafiqah Syazwani Roslan, Mumahad Hafiy Hakim Hasbullah.
  • Sijil Penghargaan Kecemerlangan Sukan - Mohd Aidil Roslan dan Akmal Afendi Azhari. TAHNIAH DIUCAPKAN.

14 Nov. 2011 - GB tunai janji...Itulah ungkapan yang dapat dizahirnya dengan selesainya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang SKKT fasa I siang tadi. Pelajar yang mendapat Gred A dalam setiap mata pelajaran telah menerima hadiah masing-masing pagi tadi. HAC fasa 2 pula akan berlangsung pagi besok dengan penganugerahan kepada pelajar yang mendapat tempat terbaik dalam pelajaran. Pada ucapannya kepada pelajar, Tn. Hj. Din Ibrahim akan berusaha untuk menyediakan hadiah kepada pelajar yang memperoleh C dalam semua mata pelajaran pula.

15 Nov. 2011 - Alhamdulillah selesai sudah HAC hari ini. Terima kasih kepada semua rakan guru, tetamu jemputan, waris dan semua pelajar SKKT kerana menjayakannya. Sejarah bagi SKKT tahun ini kerana lebih daripada 500 pelajar menerima hadiah masing-masing.

KARNIVAL KESIHATAN SKKT 2011...klik di sini

DOWNLOAD FOTO GURU TERKINI(full size)....klik di sini

25 Okt. 2011 - SKKT berjaya manganjurkan Karnival Kesihatan Sekolah 2011. Ianya bertujuan untuk memberi kesedaran dan informasi kepada semua pelajar mengenai tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Antara pengisian program ini ialah ceramah kesihatan dan keselamatan diri, pameran kesihatan, senamrobik dan sukaneka.

Aidil Johan Kedah

13 Oktober 2011 - Aidil Ruslan Pelajar Tahun 5 Zamrud juara acara lompat tinggi bawah 11 tahun. Beliau yang mewakili Langkawi ke pertandingan Olahraga Luar Musim di Alor Setar semalam berjaya menumpaskan musuh terdekat dari Kota Setar dan beberapa daerah lain. Bagi S/U Sukan En. Mohd Fuad berkata SKKT mencatat satu lagi kejayaan sebelum melabuhkan tirai musim sukan bagi tahun 2011. SKKT seterusnya menyandarkan satu lagi harapan kepada platun kawad sekolah yang akan mewakili Langkawi ke pertandingan peringkat negeri di Jitra, Kedah, Sabtu ini.

PASUKAN KAWAD KAKI PEREMPUAN - JOHAN PERINGKAT NEGERI + KAWAD KAKI LELAKI - TEMPAT KE TIGA. TAHNIAH!

Pertandingan Sukan 1 Malaysia

10 Oktober 2011 : SKKT hari di bawah kelolaan Unit Ko-Kurikulum mengadakan pertandingan tersebut pagi ini. Antara permainan yang dipertandingkan ialan Bola Beling, Sepak Takraw, dan Bola Jaring. Semua pelajar tahap dua sekolah ini terlibat. Pertandingan ini akan diwakili oleh pemain dari rumah-rumah sukan. Tinjauan sebentar tadi menyaksikan ketiga-tiga permainan ini sedang berlangsung.

Pertandingan permainan sempena Sukan 1 Malaysia : 2-3 Oktober. [berita lanjut]

Penggunaan peralatan MBMMBI akan dipantau. [Sila rujuk laman PPD/JPN]

 

Majlis Khatam Quran

Tuan Hj. Din GB, menyampaikan duit raya kepada salah seorang pelajar tahun 1

Pelajar bersalam-salaman dengan guru

Khamis, 18 Ogos - SKKT seperti lazimnya telah mengadakan majlis penyampaian duit raya kepada pelajar SKKT pagi tadi. Majlis yang agak syahdu apatah lagi diserikan dengan lagu-lagu hari raya itu telah membangkitkan suasana meriah menyambut hari raya. Pelajar juga tidak melepaskan peluang untuk bersalam-salam dengan guru sambil mengucapkan selamat hari raya.

Sebelum itu juga bertempat di kantin sekolah, berlangsungnya majlis mengkhatam Al-Quran kira-kira 100 pelajar tahap 2. Majlis ini turut dihadiri tuan Guru Besar, Hj. Din b. Ibrahim.

Pada ucapan pembukaan, Tn. Guru Besar menasihati semua pelajar agar pandai menjaga diri dan berhati-hati ketika menyambut hari raya yang bakal tiba nanti. "Sambutlah dengan rasa kesyukuran dan keinsafan" ujar beliau.

Sekolah akan bercuti bermula esok dan akan dibuka semula pada hari Ahad 4 September nanti. Selamat hari raya, maaf zahir batin daripada warga kerja ICT.

SKKT GEMPAR!

Beberapa pelajar cuba 'memadamkan' kebakaran di Bilik Sukan Sekolah

19 Mei 2011 - Gempar...SKKT pagi tadi gempar apabila salah sebuah bilik sukan terbakar. Kira-kira jam 8.30 pagi loceng kecemasan dibunyikan. Bagaimanapun keadaan dan keselamatan pelajar terkawal. Pelajar kemudiannya berkumpul di padang permainan. Ini adalah senario ketika latihan kebakaran yang diadakan pagi tadi.

MENTOR MENTE UPSR

Pn. Latipa bersama pelajar tahun 6, SKKT

2 MEI 2011 - Unit UPSR hari ini melancarkan Program Mentor-mente. Menurut Penasihat program, Pn. Latipa bt. Ahmad ia membantu pelajar UPSR untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. Pelajar dibahagikan kepada 30 kumpulan di mana mentornya juga terdiri 30 orang guru. "Kita berharap guru (mentor) mereka akan melakukan sesuatu untuk membantu mente mereka meningkatkan prestasi pelajar sebelum menghadapi peperiksaan September ini," ujar beliau.

Rabiatul Adawiah bt Rahim 6Z sedang menerima trofi dan sijil daripada Pn. Hjh. Saerah PK1.

17 April 2011 - SKKT sekali lagi menjulang nama di persada negeri apabila Rabiatul Adawiah bt Rahim 6Z (Puteri Islam) dipilih sebagai Peserta Terbaik Perkhemahan Unit Berunifom peringkat negeri. Beliau akan mewakili negeri untuk ke peringkat kebangsaan bermula esok. Pn. Zurina Said pada ucapannya di perhimpunan mingguan sekolah meminta semua pelajar mencontohi beberapa orang pelajar yang mengharumkan nama sekolah. "Untuk berjaya kita memerlukan komitmen, dan latihan yang bersungguh-sunggu"' ujar beliau.

24 April [SKKT] - Rabiatul sekali lagi telah terpilih sebagai Johan Aktiviti Sukan Rakyat sempena Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan Berunifom Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan yang diadakan baru-baru ini Melaka. Sijil telah disampaikan semula oleh Pemangku Guru Besar, Pn. Hjh Saerah Rejab di sini hari ini.

1 MALAYSIA, 1 UMMAH

\

SEPERTI TAHUN-TAHUN YANG LALU PIHAK SEKOLAH TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN MULIDUR-RASUL DI MANA PELBAGAI ACARA DIADAKAN TERMASUK PERARAKAN, PERTANDINGAN MEWARNA DAN CERAMAH.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2011

PPD, Tn. Hj. Saberi b. Abdol Rahim sedang menyemat tanda nama kepada Penolong Ketua Pengawas Nor Marha Nazifa Maklen sambil diperhatikan oleh Tuan GB.

 

PELANCARAN KEMPEN BAHASA KEBANGSAAN

12 OKT. 2010-8.00pg - SKKT pagi ini telah mengadakan Pelancaran Bulan Bahasa peringkat sekolah dengan jayanya. Bertempat di padang perhimpunan, pelajar dan guru turut menyanyikan lagu tema iaitu lagu "Bahasa Jiwa Bangsa" di masa sering berkumandang di televisyen. Selain itu 3 orang pelajar telah menyampaikan syarahan dan sajak yang bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa. Antara tujuan diadakan program ini adalah untuk menggalak dan menyemai perasan pentingnya kita menggunakan bahasa kebangsaan pada setiap masa. "Dengan bahasa juga kita dapat menyatukan pelbagai bangsa di negara kita ini." ujar Pn. Zurina Said, Pengerusi program.

17 Okt. 2010 - MOHD. MOHSIN MUSAINI B. MUZAKIR, Pelajar Tahun 5 Zamrud telah dianugerahkan Sijil Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia berpangkat Sarjan. Sijil telah disampaikan semula oleh Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohd. Sani Ahmad pada perhimpunan pagi di SK Kuala Teriang pagi tadi.

GAMBAR ATAS .....Mohd Muhsin menunjukkan sijil yang diperolehinya.

KEM MOTIVASI TAHUN LIMA

9 Okt. 2010 : Peserta Kem Semarak Minda tiba di Pusat Latihan KEMAS. Kuah tepat jam 4.00 petang. Seramai 111 orang pelajar tahun lima akan berkampung di sini selama 2 hari 1 malam. Pelbagai program telah disusun sepanjang program tersebut. Menurut Kem Komanden En. Azril Omar, selain mendengar ceramah motovasi, mereka dikehendaki mengikuti sepenuhnya jadual yang bermula seawal 5.30 pagi hingga ke akhir program. Para peserta akan mengikuti 3 sesi ceramah termasuklah daripada Pn. Azean Ahmad(SMK Kelibang), Pn. Bibi IBrahim(SK Kuala Teriang) dan sesi terakhir oleh En. Mohd Shahid Ahmad(MRSM). Program akan dijangka berakhir pada 10 Okt. 2010 jam 2.00 petang.

INSENTIF TERBESAR

21 Feb. 2010 - GB hari ini mengumumkan insentif terbaru kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2010 nanti. Bagi murid tahun enam inilah peluang untuk mereka berusaha untuk mendapatkan insentif tersebut. Pelajar yang mendapat 5A RM100 (6Z & 6N) manakala pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 5C (6D & 6B) dalam UPSR nanti akan mendapat RM50. Insentif ini dikira sebagai insentif terbesar berbanding tahun-tahun lalu. Tahun lalu seramai 12 orang pelajar SKKT mendapat 5A di mana setiap seorang menerima RM80.

--------

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS

4 Feb. 2010 - SKKT dengan kerjasama Badan Pengawas dan Disiplin sekolah telah mengadakan Kursus Kepimpinan Sekolah kepada 130 pelajar yang terdiri dari Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Darjah bagi memantapkan diri dan sahsiah pelajar. Menurut Ketua Program Ustz. Nasrul berharap ianya dapat membantu diri mereka untuk menjalankan tugas membentuk disiplin dan sahsiah seluruh rakan pelajar SKKT. Kursus ini telah dirasmikan Tn. Gb Hj. Mohd. Sani Ahmad pagi tadi.

------------------

1 April 2009 - SKKT menerima lawatan 20 orang pelajar Jepun dalam program integrasi pendidikan. Mereka akan berada di dalam kelas dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar lain di sini. Mereka yang tiba seawal 7.30 pagi turut menyertai kegiatan ko-kurilukum di padang permainan.

Menurut Ketua rombongan (leader) pelajar Jepun Pn. Noriko Kurihara 40, dari Kelab Hippo Yokohama Jepun, mereka sangat gembira bila berada di sini dan dapat mendedahkan suasana pendidikan sekolah kepada pelajar-pelajarnya. Namun ada beberapa pelajar mereka yang terpaksa dibawa ke tepi padang untuk 'berehat' kerana tidak tahan dengan cuaca. "Di Jepun sekarang, sejuk, mereka tidak biasa dengan cuaca di sini." ujar Noriko. Ditanya makanan kesukaan beliau, beliau menjawab "sambal belacan dan kopi manis," Sambil ketawa, " Saya suka Langkawi. Orangnya manis-manis, makanan sedap. Petang nanti saya hendak 'ke laut' berkelah dan mandi-mandi," ujar Pn. Noriko yang mesra dengan nama Noor di sini. Noriko petah berbicara bahasa melayu walau 5 hari berada di sini.

Yumi Iwai(Aisyah) 10, salah seorang pelajar Jepun gembira menimba pengalaman di sini. Walau agak keletihan mengikuti pelbagai program sepanjang minggu ini, namun cukup berpuas hati tentang layanan yang diberi oleh ibu bapa angkatnya. Arigato gozaimas, hait!

17 Okt. 2010 - MOHD. MOHSIN MUSAINI B. MUZAKIR, Pelajar Tahun 5 Zamrud telah dianugerahkan Sijil Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia berpangkat Sarjan. Sijil telah disampaikan semula oleh Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohd. Sani Ahmad pada perhimpunan pagi di SK Kuala Teriang pagi tadi.

GAMBAR ATAS .....Mohd Muhsin menunjukkan sijil yang diperolehinya.

En. Abdulrashid dan GB memakaikan 'kot rasmi pengawas' kepada Ketua dan Penolong Ketua Pengawas, Noraizaty Sulha dan Mohd. Afiq.

BILANGAN MURID SKKT : 15 JAN. 2011  
KELAS
L
P
JUM
I ZAMRUD
14
23
37
1 NILAM
23
14
37
1 DELIMA
24
09
33
JUMLAH
16
46
107
2 ZAMRUD
16
20
36
2 NILAM
13
21
34
2 DELIMA
21
09
30
JUMLAH
50
50
100
3 ZAMRUD
18
24
42
3 NILAM
21
19
40
3 DELIMA
27
12
39
JUMLAH
66
55
121
4 ZAMRUD
18
18
36
4 NILAM
16
16
32
4 DELIMA
17
12
29
4 BAIDURI
20
09
29
JUMLAH
71
55
126
5 ZAMRUD
08
27
35
5 NILAM
13
22
35
5 DELIMA
21
14
35
5 BAIDURI
28
03
31
JUMLAH
70
66
136
6 ZAMRUD
08
27
35
6 NILAM
12
23
35
6 DELIMA
12
19
31
6 BAIDURI
18
07
25
JUMLAH
50
76
126
PRA SEK 1
14
11
25
PRA SEK 2
11
14
25
JUMLAH SEMUA
393
373
756

 

 

 

 

Grafik dan rekabentuk oleh © TAKE TWO STUDIO, Langkawi dengan kerjasama Unit ICT SK Kuala Teriang.URL: www.vdoprima.com Diterbitkan sejak 2008.